Thursday 8 December 2011

SOALAN LATIHAN

1. Apakah maksud sifat terpuji ?
a) sifat yang menjadi asas perhubungan manusia.
b) perasaan tinggi diri
c) sentiasa patuh dan menurut perintah .

2. Orang yang mempunyai sifat terpuji dapat dikenali dengan tanda-tanda berikut kecuali....
a) sentiasa menjaga nama baik
b) luhur budi perkerti
c) kufur akan nikmat Allah

3. Sifat terpuji penting dalam diri setiap individu kerana...   
a) tidak disukai oleh masyarakat
b) dituntut dalam Islam
c) melahirkan masyarakat yang huru hara

4. Diantara berikut yang mana satukah sifat terpuji.
a) istiqamah
b) zalim
c) adil

AKTIVITI SIFAT TERPUJI



Aktiviti  1 
Sifat terpuji merupakan sifat yang mulia yang menjadi asas perhubungan manusia.
Bagaimanakah untuk mengenali ciri-ciri orang yang mempunyai sifat terpuji tersebut?

Aktiviti 2 
Himpunan nilai serta amalan yang baik dan mulia mengikut pandangan Islam maksud bagi sifat Mahmmuda     .Mengapakah sifat terpuji ini penting dalam diri seseorang individu ?
                       
 Aktiviti 3
Kita hendaklah menyemai sifat terpuji dalam diri kita supaya dapat menjamin
keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup.Anda diminta untuk menyenaraikan
sifat terpuji tersebut.
                              .
                                
                    

Tuesday 6 December 2011

ISI KANDUNGAN

Pengertian sifat terpuji ialah sifat mulia yang menjadi asas perhubungan manusia.Dalam bahasa Arab disebut sifat "Mahmmuda" yang bermaksud himpunan,nilai serta amalan yang baik dan mulia mengikut pandangan Islam 

.Sifat terpuji penting dalam diri setiap individu kerana ianya :-
a) amat dituntut dan diberi perhatian dalam Islam.
b) ianya dikaitkan dengan keimanan seseorang dengan akhlak yang mulia.
c) perutusan nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik.
e) akhlak yang mulia memberatkan timbangan yang baik pada hari akhirat.
f) sifat terpuji membezakan diantara manusia dengan haiwan.
g) akhlak terpuji melahirkan masyarakat yang harmoni.

Diantara sifat terpuji ialah istiqamah,taat,berani,tawaduq' adil dan qanaa'.
Tanda-tanda orang yang mempunyai sifat terpuji :
a) sentiasa menjaga nama baik diri dan keluarga
b) menghormati orang lain dan bertolak ansur
d) berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberi
e) sentiasa bersyukur dan berterima kasih diatas nikmat yang diperolehi.
f) sentiasa taat perintah Allah,Rasul,Ibubapa dan Guru.
g) Luhur budi perkerti dan baik budi bahasa.

Adakah sifat-sifat ini ada dalam diri kamu.........renungkan sejenak?

Kebaikan orang yang mempunyai sifat terpuji.
1.Dikasihi oleh Allah dan Rasullah
2.Disenangi oleh kawan-kawan dan masyarakat
3.Disegani oleh musuh
4.Mudah mendapat pertolongan dan simpati
5.Tingkah lakunya dijadikan contoh

Keburukan orang yang mempunyai sifat terpuji
1.Dilaknat oleh Allah dan Rasulullah
2.Dibenci oleh kawan-kawan dan masyarakat
3.Dibenci oleh musuh
4.Susah mendapat pertolongan dan simpati
5.Tingkah lakunya sentiasa dikeji

Taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan,tidak mengingkari dan sentiasa patuh dengan semua arahan yang diberi.Setiap orang Islam hendaklah mentaati  perintah Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala suruhan dan menjahui segala larangan.Kita wajib mentaati segala perintah ibubapa selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak serta mentaati segala arahan guru dan pemimpin atau ketua.

Berani pula ialah kesangupan menyatakan kebenaran atau membuat pengakuan, keputusan dan pendirian diri,kesanggupan melakukan tindakan serta bersedia menghadapi tentangan atau akibat.Antara contoh-contoh berani ialah mempertahankan perkara yang hak.menegakkan keadilan,membela golongan yang lemah dan terinyaya,menenteng kezaliman, menentang kepalsuan dan maksiat serta menegur perbuatan yang tidak baik.

Istiqamah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan Allah secara terus-menerus.

Monday 5 December 2011

OBJEKTIF PEMBELAJARAN






   *  mengetahui pengertian sifat terpuji.
   * menyatakan kepentingan sifat terpuji 
   * menyenaraikan tanda-tanda orang yang mempunyai sifat terpuji.








TUJUAN BLOG DIHASILKAN

Ia dibina atas keperluan pembelajaran berasaskan Elektronik dan Web.Ianya membantu pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat.Pembinaan blog ini juga diharapkan akan dapat memperkenalkan , mengubah dan membentuk akhlak dikalangan remaja  ke arah yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.

SIFAT TERPUJI






pautan ke
 sifat terpuji
hikmah sifat terpuji
Assalamualaikum.........salam perkenalan dan selamat datang ke blog sifat terpuji 2011".Sifat terpuji " melambangakan keperibadian seseorang individu.