Tuesday 6 December 2011

ISI KANDUNGAN

Pengertian sifat terpuji ialah sifat mulia yang menjadi asas perhubungan manusia.Dalam bahasa Arab disebut sifat "Mahmmuda" yang bermaksud himpunan,nilai serta amalan yang baik dan mulia mengikut pandangan Islam 

.Sifat terpuji penting dalam diri setiap individu kerana ianya :-
a) amat dituntut dan diberi perhatian dalam Islam.
b) ianya dikaitkan dengan keimanan seseorang dengan akhlak yang mulia.
c) perutusan nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik.
e) akhlak yang mulia memberatkan timbangan yang baik pada hari akhirat.
f) sifat terpuji membezakan diantara manusia dengan haiwan.
g) akhlak terpuji melahirkan masyarakat yang harmoni.

Diantara sifat terpuji ialah istiqamah,taat,berani,tawaduq' adil dan qanaa'.
Tanda-tanda orang yang mempunyai sifat terpuji :
a) sentiasa menjaga nama baik diri dan keluarga
b) menghormati orang lain dan bertolak ansur
d) berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberi
e) sentiasa bersyukur dan berterima kasih diatas nikmat yang diperolehi.
f) sentiasa taat perintah Allah,Rasul,Ibubapa dan Guru.
g) Luhur budi perkerti dan baik budi bahasa.

Adakah sifat-sifat ini ada dalam diri kamu.........renungkan sejenak?

Kebaikan orang yang mempunyai sifat terpuji.
1.Dikasihi oleh Allah dan Rasullah
2.Disenangi oleh kawan-kawan dan masyarakat
3.Disegani oleh musuh
4.Mudah mendapat pertolongan dan simpati
5.Tingkah lakunya dijadikan contoh

Keburukan orang yang mempunyai sifat terpuji
1.Dilaknat oleh Allah dan Rasulullah
2.Dibenci oleh kawan-kawan dan masyarakat
3.Dibenci oleh musuh
4.Susah mendapat pertolongan dan simpati
5.Tingkah lakunya sentiasa dikeji

Taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan,tidak mengingkari dan sentiasa patuh dengan semua arahan yang diberi.Setiap orang Islam hendaklah mentaati  perintah Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala suruhan dan menjahui segala larangan.Kita wajib mentaati segala perintah ibubapa selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak serta mentaati segala arahan guru dan pemimpin atau ketua.

Berani pula ialah kesangupan menyatakan kebenaran atau membuat pengakuan, keputusan dan pendirian diri,kesanggupan melakukan tindakan serta bersedia menghadapi tentangan atau akibat.Antara contoh-contoh berani ialah mempertahankan perkara yang hak.menegakkan keadilan,membela golongan yang lemah dan terinyaya,menenteng kezaliman, menentang kepalsuan dan maksiat serta menegur perbuatan yang tidak baik.

Istiqamah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan Allah secara terus-menerus.

11 comments:

  1. boleh terangkan tak, macamana kita nak hormat orang kalau orang tu sendiri tak pandai hormat diri sendiri dan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasakanlah diri dengan mengamalkan sifat terpuji dalam diri sendiri barulah kita tunjuk pada orang lain.

      Delete
  2. kalaulah semua orang islam mengamalkan sifat-sifat terpuji, amannya hidup dan ia menaikkan martabat islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu johana tapi malangnya orang isalam sekarang ne kurang mengamalkan sifat-sifat terpuji yang disarankan dalam islam.

      Delete
  3. SALAM USTAZAH......CANTIK BLOG YANG USTAZAH HASILKAN.....PENUH DENGAN MAKLUMAT DAN ISI2...YANG BOLEH MENAMBAHKAN ILMU DAN PENGETAHUAN KITA.......TERUSKAN USTAZAH DALAM BERKARYA.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zainaf....saya harap awk dapat mengikuti maklumat seterusnya dalam blog saya.

      Delete
    2. bagus saya suka dgn blog ini,teruskan lagi membuat blog.

      Delete
  4. Blog yg menarik dan input yg banyak bleh diperolehi.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam ustazah....boleh terangkan maksud istiqamah?

    ReplyDelete
  7. maksud istiqamah tu melakukan ibadat kpd Allah secara berterusan.

    ReplyDelete